Saturday, April 14, 2012

APA ITU TEKNOLOGI KOMUNIKASI


Teknologi komunikasi merupakan pengaplikasian alatan teknologi dalam komunikasi. Jika kita bercakap terus kepada seseorang secara berhadapan, ia merupakan komunikasi biasa. Namun alatan pengantara dicipta bagi memudahkan komunikasi. Alatan inilah yang dinamakan sebagai teknologi. Alatan ini dapat mempercepatkan masa bagi komunikasi yang melibatkan jarak yang jauh. Contohnya telefon. Selain itu ia juga dapat menguatkan lagi pemahaman ketika berkomunikasi. Contohnya penggunaan pembesar suara.

Kini teknologi komunikasi telah berkembantg pesat. Kemunculan teknologi yang terkini telah memperhebatkan lagi aktiviti komunikasi. Teknologi komunikasi termasuk penemuan baru seperti internet dan rangkaian selular. Teknologi membuat komunikasi yang lebih cepat dan lebih global. Sebelum ini seseorang perlu menunggu seminggu untuk surat tiba, tetapi kini anda boleh menghantar e-mel dalam masa beberapa saat, atau post sesuatu di internet untuk dibaca oleh semua orang bawah satu minit.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...