Komunikasi interpersonal
Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu). proses komunikasi diantara seseorang dengan seseorang yang lain.atau antara maknusia proses komunikasi ini sangat berkesan kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang sama.
Komunikasi intrapersonal
Kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri),monolog.
Seterusnya terdapat dua jenis kamunikasi iaitu:-
Komunikasi Verbal
Simbol atau mesej verbal adalah semua jenis simbol yang menggunakan satu perkataan atau lebih. Bahasa dapat juga dianggap sebagai sistem kod verbal (Deddy Mulyana, 2005). Bahasa dapat didefinisikan sebagai sejumlah simbol, dengan susunan untuk mengkombinasikan simbol-simbol tersebut, yang digunakan dan difahami suatu komuniti.

Komunikasi Nonverbal
Komunikasi nonverbal adalah komunikasi yang menggunakan mesej-mesej nonverbal. Istilah nonverbal biasanya digunakan untuk melukiskan semua peristiwa komunikasi di luar kata-kata terucap dan tertulis. Secara ringkasnya komunikasi nonverbal dikenali sebagai bahasa badan. Secara teori, komunikasi nonverbal dan komunikasi verbal dapat dipisahkan. Namun dalam kenyataannya, kedua jenis komunikasi ini saling jalin menjalin, saling melengkapi dalam komunikasi yang kita lakukan sehari-hari.


No comments:
Post a Comment