Friday, April 13, 2012

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TEKNOLOGI?


Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Perkataan technology berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat.


Teknologi merupakan keadaan pengetahuan manusia tentang bagaimana menggabungkan sumber dan daya untuk memhasilkan produk yang diinginkan, untuk menyelesaikan masalah, memenuhi keperluan, dan memenuhi keinginan.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...