Sunday, April 15, 2012

BAGAIMANA TEKNOLOGI MAMPU MERAIH KEUNTUNGAN

Bagaimana teknologi mampu membantu maraih keuntunga? Kemunculan pelbagai teknologi pada masa kini telah membuka satu peluang yang baik kepada sesiapa sahaja yang mahu menjalankan perniagaan. Bermula daripada modal kosong sekalipun, seseorang mampu mengiklankan produk atau perkhidmatan yang ingin dijual.

Medium komunikasi internet telah membuka satu dunia komunikasi yang luas. Maka tidak mustahil untuk seseorang untuk maraih keuntungan hanya dengan mengadap komputer. Seseorang yang ingin memasarkan sesuatu produk atau pekhidmatan boleh mengiklankannya secara percuma di internet.

Berbalik kepada keuntungan yang saya akan hasilkan melalui hobi saya, saya amat berminat untuk mendapatkan gajet-gajet komunikasi dan gajet untuk fotografi. Sememangnya yang penting dalam memasarkan perkhidmatan saya ialah komputer. Maka saya memilih komputer riba kerana ianya mudah untukdibawa kemana-mana. Selain itu saya juga memerlukan sambungan ke jalur lebar sendiri. Jika mengharapkan kepada wifi,tidak semua lokasi ada jaringan wifi. Maka broadband amat diperlukan bagi membolehkan saya mengakses internet dimana sahaja berada.


Selain itu apa yang paling penting sekali bagiseorang jurufoto semestinya peralatan fotografi. Body kamera adalah perkara utama yang wajib ada. Alatan lain yang wajib ada adalah lensa dan alatan tambahan yang perlu ada pulaadalah seperti lampu flash,filter, diffuser, tripod dan lain-lain lagi.


Kesimpulannya alatan teknologi penting sebagai suatu medium untuk meraih keuntungan pada masa kini.






TEKNOLOGI KOMUNKASI BOLEH BERI KEUNTUNGAN? APA KAITAN DENGAN HOBI SAYA?


Teknologi komunikasi yang makin banyak digunakan sekarang ialah internet. Maka generasi hari ini harus tahu mengaplikasikan teknologi ini untuk memperoleh manfaat. Melaui internet,kita boleh memperoleh maklumat dari serata dunia dan menghantar maklumat ke seluruh dunia.

Sememangnya hobi saya boleh saya kembangkan menjadi sebuah perniagaan yang menguntungkan. Saya boleh mempromosikan perkhidmatan fotografi secara online. Dengan mewujudkan laman web khas, saya dapat memberitahu mengenai pakej-pakej fotografi yang saya sediakan.

Selain itu,melalui internet saya dapat mempromosikan hasil kerja saya kepada semua orang. Saya juga boleh mendapatkan komen daripada jurufoto-jurufoto yang lebih profesional untul memperbaiki lagi hasil kerja saya.

APA SAYA BUAT DI MASA LAPANG

Hobi merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan pada waktu lapang yang mampu memberi kepuasan dan memberi ketenangan jiwa kepada seseorang itu. Hobi ni tidak boleh dipaksa-paksa, tidak boleh dijual beli, dan tidak boleh diwariskan. Tidak dinafikan juga hobi dilakukan kerana mengikut seseorang, mengikut peredaran masa dan persekitaran. Tapi selagi ia memberi ketenangan dan kepuasan, itulah hobi.


Hasil buah tangan saya yang terbaru

Saya mempunyai hobi yang dapat memberi kepuasan kepada diri saya sendiri. Hobi saya ialah mengambil gambar, merakam video dan juga mengedit gambar serta video. Sememangnya hobi saya memang berkait rapat sekali dengan bidang teknologi. Apabila ada waktu lapang saya akan keluar mencari lokasi yang menarik dan akan mengambil gambar. Selain itu, kemana sahaja saya keluar mesti kamera kompak saya yang berjenama Olympus akan bersama saya. Sekarang saya masih lagi mengumpul wang untuk memiliki sebuah kamera digital slr. Hobi saya ini akan saya kembangkan menjadi sesuatu yang menguntungkan. InsyaAllah jika ada peluang saya akan cuba untuk menjadi seorang jurufoto professional.


Pemandangan sawah berdekatan rumah saya

Selain itu saya suka merakam video dan mengedit video. Banyak video yang telah saya hasilkan. Semua video saya telah saya muatkan di laman sesawang http://youtube.com/user/thekamistudio . Saya akan berasa satu kepuasan apabila video yang saya hasilkan siap.


Hasil kerja saya: teknik fotografi yang saya gemar gunakan

Hobi saya memang banyak kaitan dengan jurusan yang saya ambil iaitu jurusan teknologi media.Hobi saya bukan sahaja sekadar hobi,tetapi hobi saya akan menjadi masa depan saya. Oleh itu saya akan dapat merasa suatu kepuasan dalam kerja saya di masa depan


Salah satu hasil fotografi saya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...