Hobi merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan pada waktu lapang yang mampu memberi kepuasan dan memberi ketenangan jiwa kepada seseorang itu. Hobi ni tidak boleh dipaksa-paksa, tidak boleh dijual beli, dan tidak boleh diwariskan. Tidak dinafikan juga hobi dilakukan kerana mengikut seseorang, mengikut peredaran masa dan persekitaran. Tapi selagi ia memberi ketenangan dan kepuasan, itulah hobi.
Hasil buah tangan saya yang terbaru
Saya mempunyai hobi yang dapat memberi kepuasan kepada diri saya sendiri. Hobi saya ialah mengambil gambar, merakam video dan juga mengedit gambar serta video. Sememangnya hobi saya memang berkait rapat sekali dengan bidang teknologi. Apabila ada waktu lapang saya akan keluar mencari lokasi yang menarik dan akan mengambil gambar. Selain itu, kemana sahaja saya keluar mesti kamera kompak saya yang berjenama Olympus akan bersama saya. Sekarang saya masih lagi mengumpul wang untuk memiliki sebuah kamera digital slr. Hobi saya ini akan saya kembangkan menjadi sesuatu yang menguntungkan. InsyaAllah jika ada peluang saya akan cuba untuk menjadi seorang jurufoto professional.
Pemandangan sawah berdekatan rumah saya
Selain itu saya suka merakam video dan mengedit video. Banyak video yang telah saya hasilkan. Semua video saya telah saya muatkan di laman sesawang http://youtube.com/user/thekamistudio . Saya akan berasa satu kepuasan apabila video yang saya hasilkan siap.
Hasil kerja saya: teknik fotografi yang saya gemar gunakan
Hobi saya memang banyak kaitan dengan jurusan yang saya ambil iaitu jurusan teknologi media.Hobi saya bukan sahaja sekadar hobi,tetapi hobi saya akan menjadi masa depan saya. Oleh itu saya akan dapat merasa suatu kepuasan dalam kerja saya di masa depan
No comments:
Post a Comment